Tuesday, January 5, 2010

TERIMA KASIH BUAT WARGA HOSPITAL LIKAS


SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA WARGA HOSPITAL LIKAS, TERUTAMA WAD KENANGA 3.

SAYA RASA TERHARU ATAS SEGALA PENGORBANAN WARGA WAD KENANGA 3, YANG BEGITU SABAR MENGHADAPI TELATAH PERSAKIT DAN BERTUGAS DENGAN PENUH SABAR SERTA MESRA. BUAT MASA INI ISTERI SAYA PUAN RUSTA DULLAH, SEDANG DIRAWAT DI WAD KENANGA 3, KERANA MENGHIDAP BARAH RAHIM.

SAYA PENJATKAN SYUKUR DAN MENGINSAFI DIRI, BETAPA JIKA SELAMA INI SAYA MERASAKAN DIRI SAYA SUSAH, RUPA-RUPANYA ADA LAGI ORANG YANG LEBIH SUSUAH DARIPADA KITA.

APA YANG PALING MENARIK, SAYA RASAI DAN LIHAT DI HOSPITAL INI IALAH PADA SATU MALAM DATANG SATU ROMBONGAN DARI PERSATUAN CINA, TERDIRI DARIPADA 8 ORANG AHLI, YANG RATA-RATA BERUMUR 50 TAHUN KE ATAS. MEREKA DATANG MELAWAT PESAKIT, MEMBERIKAN MOTIVASI DAN AHKIRNYA MEREKA MENYANYAI DAN MENARI MENGHIBURKAN PARA PESAKIT. KITA BAYANGKANLAH MEREKA YANG BERUMUR 50 TAHUN KE ATAS MENYANYI DAN MENARI. TETAPI APA YANG MENJADI PENGAJARAN KEPADA SAYA IALAH TENTANG KESUNGGUHAN MEREKA DALAM MEMBANTU PESAKIT. CUBA KITA TANYA DIRI KITA, BERAPA KERAT NGO MELAYU YANG BERBUAT DEMIKIAN (JIKA ADA).

KENAPA KITA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN? SEDANGKAN 70 % PESAKIT ADALAH ORANG KITA DAN MEMERLUKAN SUNTIKAN ROH AGAMA. KENAPA TIDAK KITA LUANGKAN MASA MELAWAT MEREKA DAN DOAKAN MEREKA SERTA BACAKAN YAASIN BAGI MENENANGKAN JIWA MEREKA.

KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN

CATATAN HARI PERTAMA DI SMK GADONG 2010

Smk Gadong kembali ceria dengan kehadiran lebih seribu orang pelajar untuk meneruskan perjuangan dalam menentukan masa depan diri sendiri. Seperti biasa ibu bapa akan hadir menemani anak-anak terutamanya pelajar yang masuk ke tingkatan satu.

Dalam suasana sebegini pelbagai telatah yang dapat kita perhatikan, terutamanya telatah pelajar dan ibu bapa. Saya sempat berbual-bual dengan beberapa orang ibu bapa. Antara isu yang menjadi bualan mereka ialah tentang isu gula yang masih tiada di pasaran, masalah ketiadaan kenderaan membawa anak-anak ke sekolah, masalah yuran sekolah. Namun masalah serupa merupakan masalah kecil yang dapat diatasi, kerana HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.

Bagi guru-guru, inilah masanya menghitung tentang apa yang telah dilakukan selama ini dan apa akan dilakukan tahun ini. Melihat kepada pencapaian SMK Gadong dalam peperiksaan PMR 2009 tidaklah memeranjatkan kerana hanya seorang pelajar sahaja yang memperoleh 7A1.

Friday, January 1, 2010

TAHUN 2010 DISANDARKAN HARAPAN

SELAMAT MENYAMBUT 2010 SAYA TITIPKAN BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN DAN SAHABAT BUDIMAN. SEMOGA KITA BEROLEH KEBERKATAN DARIPADA ALLAH S.W.T HENDAKNYA.

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Untuk Semua

Pada kesempatan ini, saya dan ahli keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat . Semoga raya tahun ini lebih bermakna kepada kita, kepada rakan-rakan yang pernah tersinggung dengan hasil tulisan saya, saya juga memohon maaf khas buat mereka, Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Namun sendiri mahu ingat, dunia ini terlalu kecil untuk kita......

Kalau memandang bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi

Friday, September 4, 2009

Aku dululah!!!!!!!!

Satu hari berlaku pergaduhan antara isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad. Masing-masing mendakwa bahawa diri dialah yang utama dan dahulu memulakan hari. Pergaduhan itu tanpa henti sampai kini.

Lihatlah isnin dikejar selasa, selasa dikejar rabu, rabu dikejar khamis, khamis dikejar jumaat, jumaat dikejar sabtu, sabtu dikejar ahad dan ahad dikejar isnin.

Thursday, September 3, 2009

Puisi Untuk Renungan Bersama-sama

CATATAN PEJUANG KECIL

Hari ini mereka gagah berdiri dengan laungan perjuangan bangsa
Namun lupa untuk berjuang kepada ALLAH
Mereka lebih mementingkan maruah bangsanya daripada agamanya


Jika ingin melihat bangsa kita, maka lihatlah pemimpin kita
Jika ingin melihat sikap bangsa kita, lihat juga sikap pemimpin kita
Jika ingin melihat siapa kita, lihat juga siapa mereka

Andai kau berseru di pergunungan....
Ingat juga siapa engau dahulu
Ingat juga apa yang engkau lakukan dahulu
Ingat juga apabila engkau pernah mencerca, menghina, mengata, menikam dari belakang
Ingat juga engkau pernah mengambil hak orang lain, memijak kepada orang

Andai kau berkhutbah di mimbar Jumaat......
Ingat juga siapa engkau, tanya pula pada diri:
Pernahkah aku bermain judi?
Pernahkah aku masuk pub?
Pernahkah aku bermain kayu tiga?
Pernahkah aku mengambil kepunyaan orang?
Pernahkah aku juga menghina bangsa ku?
Pernahkah aku minum arak?

Apabila kita mengenang masa silam kita, kita tahu siapa kita....
Tidak layak kita mencerca orang lain...
Tidak laku kita menjaul kata-kata....
Tidak perlu berucap di padang kosong.....
Tidak guna bercakap, jika juga hanyalah seorang pepatung
Tidak guna berjuang, jika kita juga perosak bangsa....

Aku tidak seperti mu....
Aku bercakap benar
Aku berkata betul
Aku tidak pernah takut, kerana aku tahu, bangsa ku juga telah tahu
Semua orang tahu.....
CUMA ENGKAU SAHAJA YANG TIDAK TAHU
ATAU MATA MU BUTA,
HATI MU GELAP
TELINGA MU DITUTUP OLEH KETAKSUBAN MELULU


Oleh:
Cucu Adam dan Hawa

Monday, August 10, 2009

Terima kasih kawan-kawan, sahabat budiman, saudara prihatin

Setelah beberapa minggu menyepi, saya kembali menulis hari ini. Terima kasih kepada kawan-kawan, sahabat budiman dan saudara-saudara ku.

Bukan tujuan mengguris hati dan perasaan, tujuan menulis untuk kepuasan dan menyampaikan pandangan peribadi. Apabila kawan-kawan, sahabat budiman dan saudara-saudara mengambil berat akan apa yang saya tulis, ini menandakan bahawa jiwa bangsa ku yakni BISAYA sungguh hebat. Para pengulas pula menyampaikan isi hati mereka dalam mempertahankan bangsa dan kadang-kadang berbaur rasa marah dan dukacita. Pun itu menandakan jiwa bangsa ku ini sungguh prihatin, bersemangat dan berhati wajah.

Lantaran itu saya berpuas hati, apabila hasil tulisan saya mendapat maklum balas yang begitu puitis dan menyentuh perasaan, itulah kejayaan saya, itulah harapan saya, itu cita-cita saya. Saya berdoa semoga pada masa mendatang saya boleh menulis lagi.

Saya menyepi beberapa minggu ini, bukan kerana takut dan kecut. tetapi atas beberapa urusan yang penting, antara urusan yang saya lakukan ialah:

1. Membawa seramai 60 orang pelajar SMK Gadong, menyertai Seminar Skor 'A' SPM 2009, anjuran Berita Harian, di Universiti Malaysia Sabah. Program ini sebenarnya telah saya lakukan sejak tahun 2006 lagi, sekurang-kurangnya inilah usaha kecil saya untuk membawa anak bangsa saya maju dalam pelajaran, tidaklah sebesar sumbangan orang lain.

Untuk pengetahuan pembaca untuk menyertai program ini seorang pelajar membayar RM 100 setiap seorang. Ini bermakna RM 6 ,000.00 diperlukan untuk membawa 60 orang pelajar, dan RM 700 untuk bayaran sebuah bas, sebuah bas lagi percuma kerana bas sekolah.

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat Sahabat ku yang budiman SAUDARA MATLAN TAUFEK, kerana mengirimkan RM 100.00 melalui Saudara ku LILKIPLEE HAJI KADIR sebagai bantuan membawa pelajar yang dimaksudkan. Jasa saudara akan dikenang oleh pelajar terlibat dan saya mengalir air mata apabila menerima kiriman wang dari saudara. Terima kasih juga kepada CIKGU MOHAMUD HAJI JURIMAN, apabila beliau bersalaman dengan saya beliau menitipkan RM 50.00 bagi membantu membawa pelajar berkenaan. Kawan-kawan lain juga terima kasih kerana mendoakan keselamatan pelajar pergi dan selamat kembali.

Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya, apabila pelajar-pelajar balik dari UMS, kami tiba di Kampung Gadong pada jam 9 malam. ada pelajar yang disambut oleh ibu bapa, ada juga terpaksa berjalan kaki, namun saya dan anak saya MOHD FADHIL HISHAM mengambil tanggungjawab menghantar puluhan pelajar dengan kereta usang saya. Kami kembali ke rumah jam 12 malam.

2. Urusan kedua saya pula ialah, saya menguruskan anak sulung saya NUR FARHANAH BINTI RAPAHI, yang akan melanjutkan pelajaran ke Rusia, dalam bidang perubatan. Maklumlah saya bukanlah orang senang, maka segala-galanya ditanggung sendiri. Namun saya puas kerana tidak menyusahkan orang lain. Saya mohon doa semoga anak saya berjaya menamatkan pengajian kelak, ini sudah tentu akan membangkitkan semangat anak-anak Bisaya bahawa kita boleh. Saya faham bahawa sebelum ini sudah ada anak Bisaya jadi doktor, mungkin bilangannya kecil, jadi kita harus menambahnya.

Apa-apapun, dalam tiap-tiap tulisan saya, saya tidak pernah memburuk-burukkan pemimpin terutamanya pemimpin ulung kita DSP Haji Lajim Haji Ukin, kerana pada saya beliau merupakan pemimpin saya, ketua saya. Saya juga tidak pernah menyebut nama-nama pemimpin lain.

Saya tetap dengan pendirian saya, untuk membawa bangsa ini melihat ke hadapan, apakah arah tuju kita, dan menoleh ke belakang, apakah yang telah kita tinggalkan.

Kepada yang terasa dan akhirnya meluahkan rasa marah, saya memohon maaf kerana bukan itu niat saya. Kepada kawan-kawan penulis, jadilah seperti Datu Sulaiman, menghantar komen atas nama beliau, jadilah seperti Ustaz Said, menghantar komen dengan gambar dan begitu juga dengan Saudara Matlan.

BULAT TETAP BULAT, PERSEGI ITU TETAP PERSEGI.
BULAT BOLEH DIBENTUK MENJADI PERSEGI, DAN PERSEGI BOLEH DIBENTUK MENJADI BULAT.
TIDAK SEMUA BULAT DAN TIDAK SEMUA PERSEGI